Thursday, May 27, 2010
Friday, May 14, 2010
rahsia kita..
Ramai tidak suka.
Kuat main perempuan katanya.
Saya senyum pada mereka
Dalam hati berkata
Biarlah, Arjuna manusia juga.
Apa salah mahu sayang Arjuna?
Arjuna juga punya hati
Arjuna pernah disakiti
Sakit Arjuna tiada tanding
Diludah atas muka,
Dihina bagai anjing.
Yang Arjuna mahu bukan harta
Cuma cinta setia
Tapi yang ketemu semua betina
Bila saya mengaku saya sayang Arjuna,
Arjuna pesan jangan,
Jujur mengaku kuat main perempuan.
Saya senyum pada Arjuna,
Tidak malu Arjuna untuk jujur
Rasa sayang ini saya akur
Ramai perempuan Arjuna sudah bersama,
Semua cantik belaka
Saya paling tidak punya rupa
Tetapi saya ada cinta
Dililit kemas janji setia
Semua untuk Arjuna sahaja
Lily Cartina
Wednesday, May 12, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)